Bagaimana cara terbaik nak jaga pompuan? :)
Ini suatu tamsil atau misal.. bukan misai..
Orang lelaki kena jaga isteri (dan isteri² kalau banyak..), serta anak² pompuan macam pengembala kambing mengembala kambing.. Caranya adalah dengan;
buat kandang.. kambing bubuh dalam kandang.. semua keperluan kambing seperti makan & minum diberi secukupnya dalam kandang sahaja.. kambing x yah pegi mana²..
tambat kambing kat tiang/pokok dengan tali.. kambing dibenarkan untuk bergerak bebas setakat panjangnya tali sahaja.. x leh pegi jauh²..
kalau kambing nak pegi jenjalan gak.. maka kambing perlu digembala oleh pengembala semasa bejalan.. pengembala x boleh leka masa mengembala kambing.. macam ni kambing boleh pegi jalan jauh²..
AWAS!.. kalau pengembala x buat ketiga² ni, kambing akan ditangkap serigala semasa mencari makan atau ditangkap buaya semasa mencari air.. kambing ni makhluk yang lemah.. kesian dia kalau dibiarkan bebas melata..
*bukan la maksud nota ni nak menyamakan orang pompuan dengan kambing.. tapi orang pompuan cuba la bau² badan tu.. ada bau kambing ke x.. kalau xde, xpe la..
**pada zaman fitnah ni, membiarkan orang pompuan bergerak tanpa mahram adalah satu bahaya yang sangat besar.. hidup moden tak bermakna kita boleh melanggar hukum² dalam syariah.. keharusan yang diberi oleh ulama untuk kebebasan pompuan harus kita tepati syarat²nya..
***kadang² hati kita tahu kita buat benda tak betul.. tapi nafsu kita menafikan..
ada ulama kata;
"kalau org lelaki x hidupkan bacaan hadis dalam rumah,
maka anggaplah dia xde fikir akhirat utk keluarganya.."
sumber : http://azharjaafar313.blogspot.com
Post a Comment | Ditulis : Jun 20, 2012 | Label : Tamsil.
‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡
Syurga semata-mata dibawah rahmat Allah Taala
Aisyah r.anha menyampaikan bahawa Rasulullulah s.a.w telah bersabda :
“Perbaikilah dirimu, ucapkan kebaikan dan sampaikan khabar gembira, sesungguhnya amal seseorang tidak akan mampu memasukkannya ke dalam surga”
Orang bertanya : “ Termasuk amal anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab : “ Termasuk juga amalku, kecuali jika Allah mencurahkan rahmat-Nya kepadaku. Ketahuilah bahawa amal yang paling disenangi Allah adalah amal yang istiqamah meskipun sedikit” (HR Muslim)
- Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri bersabda bahawa amal beliau pun tidak mencukupi untuk memasuki surga Allah, apalagi amal kita ini tentulah pasti tidak mencukupi langsung biarpun kita beribadat seumur hidup. Dari itu janganlah kita mengandaikan amal kita telah menjanjikan syurga dan merasa aman dengan amal kita. Bahkan apa yang wajib kita lakukan, teruskan beramal solehan, beristiqamah serta sentiasa berdoa kepada Allah.
- Pernyataan Rasulullah s.a.w “kecuali jika Allah mencurahkan rahmat-Nya kepadaku“ pada hadis diatas menunjukkan bahawa surga hanya boleh dimasuki semata-mata dibawah rahmat Allah. Begitu juga untuk menghindarkan dari adzab neraka juga hanya semata-mata dengan rahmat Allah.
Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku mendurhakai Tuhanku."(15) Barang siapa yang dijauhkan azab dari padanya pada hari itu, Maka sungguh Allah telah memberikan rahmat kepadanya. Dan Itulah keberuntungan yang nyata. (16) (Al An’am 6 : 15 – 16)
Post a Comment | Ditulis : Jun 10, 2012 | Label : syurga.
‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡
Subscribe to:
Posts (Atom)
.
.