Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah kepada Semua Pengunjung!

SELURUH MAKHLUK BERHAJAT PADA ALLAH SWT!

Syurga semata-mata dibawah rahmat Allah Taala

http://farm4.static.flickr.com/3189/2649918970_5749cc1812.jpg

Aisyah r.anha menyampaikan bahawa Rasulullulah s.a.w telah bersabda :


“Perbaikilah dirimu, ucapkan kebaikan dan sampaikan khabar gembira, sesungguhnya amal seseorang tidak akan mampu memasukkannya ke dalam surga”

Orang bertanya : “ Termasuk amal anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab : “ Termasuk juga amalku, kecuali jika Allah mencurahkan rahmat-Nya kepadaku. Ketahuilah bahawa amal yang paling disenangi Allah adalah amal yang istiqamah meskipun sedikit” (HR Muslim)

- Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri bersabda bahawa amal beliau pun tidak mencukupi untuk memasuki surga Allah, apalagi amal kita ini tentulah pasti tidak mencukupi langsung biarpun kita beribadat seumur hidup. Dari itu janganlah kita mengandaikan amal kita telah menjanjikan syurga dan merasa aman dengan amal kita. Bahkan apa yang wajib kita lakukan, teruskan beramal solehan, beristiqamah serta sentiasa berdoa kepada Allah.

- Pernyataan Rasulullah s.a.w “kecuali jika Allah mencurahkan rahmat-Nya kepadaku“ pada hadis diatas menunjukkan bahawa surga hanya boleh dimasuki semata-mata dibawah rahmat Allah. Begitu juga untuk menghindarkan dari adzab neraka juga hanya semata-mata dengan rahmat Allah.

Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku mendurhakai Tuhanku."(15) Barang siapa yang dijauhkan azab dari padanya pada hari itu, Maka sungguh Allah telah memberikan rahmat kepadanya. Dan Itulah keberuntungan yang nyata. (16) (Al An’am 6 : 15 – 16)

Post a Comment

‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡‡

Comment :

ada 0 komen ke “Syurga semata-mata dibawah rahmat Allah Taala”
.
.